Asigment..........Asigment..

Peperiksaan sudah semakin hampir, tapi asigment still lagi tak siap...risaulah aku. seminggu pun dah tak sampai nih..Buku pun tak baca lagi...tak tau lah macam mana nak exam...I'allah aku boleh siapkan semua asigment dalam minggu ni juga..ingatlah Allah akan sentiasa bersama denganorang-orang yang sabar.
'Ya allah aku mohon padamu Ya Allah..Engkau permudahkanlah urusan hambamu ini.Ya Allah bantulah aku dalam apa jua sekalipun. Berilah ketenangan padaku semoga aku dapat menempuhi liku-liku kehidupan dalam DPLi ini dengan sebaiknya'. Amin...Ya Rabbal 'Alamin...

Manusia Sebagai Khalifah Allah.

Khalifah membawa makna ketua atau orang yang memerintah di atas dunia ini. Manusia mempunyai kelebihan dari makhluk yang lain, dari jin dan sebagainya. Manusia ialah makhluk yang diberi akal fikiran supaya dapat membezakan sesuatu perkara itu sama ada baik atau buruk. manusia juga merupakan makhluk yang diberi tanggungjawab dan amanah. ilmu pengetahuan serta menjalin hubungan yang baik di antara manusia merupakan matlamat utama manusia di dunia ini dari menjauhi kejahilan dan melakukan kerosakan seperti pertumpahan darah.
Apabila kerosakan berleluasa, ini menunjukkan kezaliman dan kejahilan. ia merupakan dua sebab yang membawa kepada penyelewengan yang dikhaskan kepada manusia sebagai khalifah Allah iaitu menjalankan urusan mengikut kehendak Allah dan rasulnya. setiap aspek dari ekonomi, sosial, politik dan akhlak menjurus kepada beribadat kepada Allah.
Khalifah di zaman Nabi Muhammad s.a.w merupakan contoh terbaik dan diikuti zaman khulafa ar-Rashidin yang masing-masing mencari keredhaan Allah di muka bumi ini. Nabi banyak bermesyuarat dengan sahabat-sahabat dalam pelbagai aspek kehidupan. Allah telah meletakkan undang-undang kepada manusia supaya mereka tidak terkeluar dari ajaran agama sekalipun berlaku perubahan masa dan perkembangan dunia yang semakin maju.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN MINDA MENJADI TUMPUL

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2 Selalu minum air masak Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam

JENIS-JENIS KEHILANGAN PENDENGARAN

1) Hilang pendengaran jenis konduktif

Bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana sumbatran atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.

2) Hilang Pendengaran jenis sensori neural

Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Setengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walu bagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat batu pendengaran.

3) Hilang pendengaran jenis campuran

Kombinasi dari hilang pendengran jenis konduktif dan sensorineural.

Adab membaca al-Quran

WAJIB bagi kita menghalalkan apa yang dihalalkan al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkannya. Diwajibkan pula beradab dengannya dan berakhlak terhadapnya.

Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya.

-
Membacanya dalam keadaan sempurna, suci daripada najis dan dengan duduk yang sopan dan tenang. Dianjurkan agar pembaca berada dalam keadaan suci. Imam Haromain berkata: "Orang yang membaca al-Quran dalam keadaan najis, dia tidak dikatakan mengerjakan hal yang makruh akan tetapi dia meninggalkan sesuatu utama".

- Membacanya dengan perlahan (tartil) dan tidak cepat agar dapat menghayati ayat yang dibaca. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Siapa saja yang membaca al-Quran (khatam) kurang dari tiga hari, bererti dia tidak memahami.” (Hadis Riwayat: Ahmad dan penyusun Kitab Sunan)

Sebahagian kelompok daripada generasi pertama membenci pengkhataman al-Quran sehari semalam berdasarkan hadis di atas. Rasulullah memerintahkan Abdullah Ibnu Umar untuk mengkhatamkan al-Quran setiap satu minggu (tujuh hari) (Muttafaq Alaih). Ini dilakukan Abdullah bin Mas’ud, Uthman bin Affan, Zaid bin Tsabit. Mereka mengkhatamkan al-Quran sekali dalam seminggu.

- Membaca al-Quran secara khusyuk dengan menangis kerana sentuhan pengaruh ayat yang dibaca yang menyentuh jiwa dan perasaan. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran dan menangislah, apabila kamu tidak menangis maka usahakan menangis kerana ayat yang engkau baca.” (Hadis Riwayat: Al-Bazzar)

Allah s.w.t juga menjelaskan sebahagian daripada sifat hamba-Nya yang soleh dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.” (Surah Al-Isra’: Ayat 109)

- Membaguskan suara membacanya
, sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Hiasilah al-Quran dengan suaramu.” (Hadis Riwayat: Ahmad, Ibnu Majah & Al-Hakim). Dalam hadis lain dijelaskan: “Tidak termasuk umatku orang yang tidak melagukan al-Quran.” (Hadis Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim)

Maksud hadis di atas ialah membaca al-Quran dengan susunan bacaan yang jelas dan terang makhroj hurufnya, panjang pendeknya bacaan, tidak sampai keluar daripada ketentuan kaedah Tajwid.

- Membaca al-Quran dimulai dengan isti’adzah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bila kamu akan membaca al-Quran, maka mintalah perlindungan kepada Allah daripada (godaan-godaan) syaitan yang terkutuk.” (Surah An-Nahl: Ayat 98)

- Apabila ayat yang dibaca dimulai dari awal surah, selepas isti’adzah terus membaca Basmalah dan apabila tidak di awal surah cukup membaca isti’adzah. Khusus untuk surat At-Taubah, walaupun dibaca mulai awal surat tidak perlu membaca Basmalah. Cukup dengan membaca isti’adzah saja.

- Membaca al-Quran dengan berusaha mengetahui ertinya dan memahami inti daripada ayat yang dibaca dengan beberapa kandungan ilmu yang ada di dalamnya
. Firman Allah bermaksud: “Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran, ataukah hati mereka terkunci?” (Surah Muhammad: Ayat 24)

- Membaca al-Quran dengan tidak mengganggu orang sedang solat, dan tidak perlu membacanya dengan suara yang terlalu keras atau di tempat yang banyak orang. Bacalah dengan suara atau dalam hati secara khusyuk. Rasulullah bersabda bermaksud: “Orang yang terang-terangan (di tempat orang banyak) membaca al-Quran, sama dengan orang yang terang-terangan dalam sedekah.” (Hadis Riwayat Tirmidzi, Nasa’i, dan Ahmad)

Dalam hadis lain dijelaskan: “Ingatlah bahawa setiap hari dari kamu munajat kepada Rabbnya, maka janganlah salah satu daripada kamu mengganggu yang lain, dan salah satu daripada kamu tidak boleh mengangkat suara atas yang lain di dalam membaca (al-Qur'an).” (Hadis Riwayat: Abu Dawud, Nasa'i, Baihaqi dan Hakim)

Jangan jadikan ibadah yang kita lakukan sia-sia kerana kita tidak mengendahkan sunnah Rasulullah dalam melaksanakan ibadah membaca al-Quran.

Misalnya, membaca dengan suara keras pada larut malam, yang akhirnya mengganggu orang yang istirahat dan solat malam.

- Dengarlah bacaan al-Quran. Jika ada yang membaca al-Quran, maka dengarlah bacaannya itu dengan tenang. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tatkala dibacakan al-Quran, maka dengarlah dan diamlah, semoga kamu diberi rahmat.” (Surah Al-A’raaf: Ayat 204)

- Membaca dengan saling bergantian. Membaca al-Quran, boleh dilakukan secara bergantian dan yang mendengarnya haruslah dengan khusyuk dan tenang. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidaklah berkumpul suatu kaum di dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan saling mempelajarinya kecuali akan turun atas mereka ketenangan dan mereka diliputi oleh rahmat (Allah), malaikat menyertai mereka, dan Allah membanggakan mereka di kalangan (malaikat) yang ada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat: Abu Dawud)

- Melakukan sujud Tilawah (sujud Sajdah) pada saat selesai membaca ayat Sajdah, pada bila-bila masa saja, baik siang ataupun malam, jika pembacanya belum batal daripada wuduk. Tatacara pelaksanaannya dimulai daripada takbir, lalu sujud, kemudian membaca “Subhaana Rabbiyal A’laa”' (Maha Suci Rabb-ku Yang Maha Tinggi), lalu dilanjutkan dengan doa sujud Tilawah. Selepas itu bangkit daripada sujud tanpa takbir dan salam, kerana tidak ada riwayat daripada Nabi s.a.w mengenai hal itu, kecuali jika sujud Tilawah itu dilakukan di tengah-tengah pelaksanaan solat, maka ia bertakbir ketika sujud dan bangkit daripada sujud.

- Berdoa selepas membaca al-Quran. Dalam sebuah riwayat dijelaskan, bahawa sahabat apabila khatam membaca al-Quran, mereka berkumpul untuk berdoa dan mengucapkan: “Semoga rahmat turun atas selesainya membaca al-Quran.”

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a dijelaskan bahawa apabila dia sudah khatam membaca Al-Quran, dia mengumpulkan keluarganya dan berdoa. (Hadis Riwayat: Abu Dawud)

Setiap orang Islam wajib mengatur hidupnya sesuai dengan tuntutan al-Quran. Ia harus dipelihara kesucian dan kemuliaannya, serta dipelajari dan difahami ayat-ayatnya.

Pelaksanaan ini adalah sebagai tanda kita beriman kepada al-Quran.

BERBUAT BAIKLAH KEPADA IBUBAPA

Ketahuilah wahai muslim dan muslimah bahawa Allah SWT mewajibkan kita berbuat baik kepada ibu bapa. Adab dan cara kita menghadap mereka mesti lebih istimewa daripada menghadap orang-orang lainnya.

Firman Allah:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya engkau jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu keduanya perkataan ‘Ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasuh aku sewaktu kecil.” (Al-Isra’: 23-24)

Si anak, sama ada lelaki atau wanita, wajib kepadanya bercakap secara lembut, sopan dan kasih saying kepada ibu bapanya. Si anak tidak boleh bercakap kasar dan mengatakan kata-kata yang tidak baik sekalipun ibu bapanya terkadang memulakan kata-kata kuat dan kasar.

“Di antara kewajipan seseorang mukalaf ialah berbakti kepada ibu bapanya. Ertinya berbuat baik kepada ibu bapa sekalipun mereka itu orang fasik. Bahkan ibu bapa yang bukan muslim pun masih wajib berbuat baik kepadanya. Si anak dituntut pergi menjumpai orang tuanya di gereja kalau keadaan memerlukan.

Wajib mendengar dan mentaati arahan ibu bapa selama mereka menyuruh kepada yang baik dan tidak bertentangan dengan syarak. Kalau yang mereka suruh itu dilarang oleh syarak tidak boleh dilaksanakan.

Firman Allah:

Dan kami wajibkan manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah engkau mengikuti keduanya. (Al-Ankabut: 8)

Emak kita dahulu tersenyum dan gembira, terkadang sambil bersiul atau menyanyi, ketika membasuh kotoran kita. Kalau ibu kita sudah tua apakah kita sanggup tersenyum sambil menyanyi membersihkan kotorannya?

Memang cinta dan kasih saying ibu bapa kita kepada kita sewaktu kecil dahulu tidak sama dengan kasih kita kepada mereka setelah mereka tua. Pepatah mengatakan: “Cinta ibu sepanjang jalan dan cinta anak sepanjang galah.”

Hadis Rasulullah SAW banyak yang menyuruh supaya berbuat baik kepada ibu bapa. Dalam hadis itu diterangkan tentang ganjaran baik yang diterima orang yang berbakti kepada ibu bapanya, sama ada ganjaran di dunia apalagi di akhirat kelak. Dan sebaliknya, dalam banyak hadis juga diterangkan dosa derhaka kepada ibu bapa. Orang yang derhaka kepada ibu bapanya selain dia mendapat dosa, banyak juga akibat buruk yang akan diterimanya semasa hidup di dunia ini.

GURU CEMERLANG

PROGRAM PENAMBAHAN CALON GURU CEMERLANG

Dalam usaha memartabatkan profesion keguruan, gagasan Guru Cemerlang (GC) telah diperkenalkan pada tahun 1993. Jawatan GC merupakan suatu bentuk insentif kepada guru yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang mata pelajaran masing-masing.Guru Cemerlang telah mula diperkenalkan pada tahun 1994 berasaskan memorandum Kementerian Pendidikan Malaysia kepada Kabinet bertajuk “Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan – Cadangan Ke Arah Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Pendidikan Dan Menghasilkan Guru Yang Cemerlang” (April 1993).tahun 1994, sistem kenaikan pangkat dalam Perhidmatan Pendidikan hanya berasaskan satu model sahaja. Seseorang yang dinaikkan pangkat dari DG41 (guru siswazah) ke DG48 misalnya, akan menjawat jawatan baru seperti Pengetua atau Pegawai Pendidikan Daerah. Ia akan menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan meninggalkan tugas-tugas lama sebagai guru dan pendidik. Dengan kata lain apabila seseorang guru itu dinaikkan pangkat, ia akan keluar dari tugas perguruan ataupun “moving up is moving out”.

Kenaikan pangkat dalam Perkhidmatan Pendidikan sebagai satu perkhidmatan profesional tidak semestinya berlandaskan satu model sahaja. Dalam perkhidmatan profesional kenaikan pangkat harus juga memberi pertimbangan kepada perkembangan profesion itu sendiri. Pegawai harus diberi laluan untuk boleh meningkatkan kerjaya dalam profesion berkenaan tanpa meninggalkannya – “moving up need not necessarily be moving out”.Peluang untuk naik pangkat dalam jawatan yang sama akan dapat mempertingkatkan kualiti profession. Apabila guru-guru dinaikkan pangkat dalam jawatan yang sama dan terus mengajar, kebolehan dan kepakarannya dalam bidang pendidikan akan terus dapat dimanfaatkan. Sebaliknya apabila guru-guru yang baik dan cermerlang dari aspek di kelas dinaikkan pangkat ke jawatan “pentadbir” dan tidak lagi mengajar, kualiti pendidikan akan terjejas. Dengan kata lain “Education loses when promotion begins".

Tips Kurangkan Tekanan

Terdapat beberapa tips yg kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan kerja/belajar. Antaranya ialah :


1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.


2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.


3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.


5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.


6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.


8) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain", ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja


9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.


Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja/belajar bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapatdiselesaikan dengan jayanya