Manusia Sebagai Khalifah Allah.

Khalifah membawa makna ketua atau orang yang memerintah di atas dunia ini. Manusia mempunyai kelebihan dari makhluk yang lain, dari jin dan sebagainya. Manusia ialah makhluk yang diberi akal fikiran supaya dapat membezakan sesuatu perkara itu sama ada baik atau buruk. manusia juga merupakan makhluk yang diberi tanggungjawab dan amanah. ilmu pengetahuan serta menjalin hubungan yang baik di antara manusia merupakan matlamat utama manusia di dunia ini dari menjauhi kejahilan dan melakukan kerosakan seperti pertumpahan darah.
Apabila kerosakan berleluasa, ini menunjukkan kezaliman dan kejahilan. ia merupakan dua sebab yang membawa kepada penyelewengan yang dikhaskan kepada manusia sebagai khalifah Allah iaitu menjalankan urusan mengikut kehendak Allah dan rasulnya. setiap aspek dari ekonomi, sosial, politik dan akhlak menjurus kepada beribadat kepada Allah.
Khalifah di zaman Nabi Muhammad s.a.w merupakan contoh terbaik dan diikuti zaman khulafa ar-Rashidin yang masing-masing mencari keredhaan Allah di muka bumi ini. Nabi banyak bermesyuarat dengan sahabat-sahabat dalam pelbagai aspek kehidupan. Allah telah meletakkan undang-undang kepada manusia supaya mereka tidak terkeluar dari ajaran agama sekalipun berlaku perubahan masa dan perkembangan dunia yang semakin maju.

0 ulasan: