Teori Pembelajaran 'Multiple Intelligence' (pelbagai kecerdasan)

Pendahuluan

Gaya pembelajaran seseorang individu berbeza-beza pendekatan antara satu dengan lain. Terdapat beberapa gaya pembelajaran di antaranya ialah secara visual (visual learners), mendengar (auditory learners) dan secara pergerakan, dan 'Tactile/Kinesthetic learners'

Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran secara visual biasanya rasa perlu untuk mereka melihat 'body language' dan riak muka guru mereka. Biasanya pelajar-pelajar ini akan duduk di hadapan kelas agar dapat melihat visual keseluruhan guru yang mengajar.

Belajar melalui mendengar, pelajar yang belajar gaya ini biasanya berminat dengan kuliah secara lisan, perbincangan, bercakap dan mendengar apa yang dikata orang. Pelajar akan menterjemah maksud perbualan melalui mendengar nada ton suara, pic, kelajuan dan perbezaan suara.

'Multiple Intelligence' merujuk kepada kepelbagaian kepandaian. Pelajar-pelajar adalah berbeza antara satu sama lain dari segi kemahiran, kepandaian, kecerdasan, tingkah laku dan sebagainya. Teori pembelajaran 'Multiple Intelligence' telah diperkenalkan oleh Howard Gadner(1983) di dalam bukunya berjudul ' Frames of Mind' Teori ini telah membuka mata para akademik dan mulai memikirkan bahawa kecerdasan akal sebagai satu set dari kepelbagaian kebolehan dan kemahiran. Ini membantu seseorang individu faham, memeriksa dan respon kepada bayak perkara yang berbeza dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah. Terdapat 7 jenis kecerdasan yang mungkin ada pada individu-individu iaitu

anggota badan/kinetik
interpersonel
intrapersonel
logikal/matematikal
musikal/rentak
verbal/linguistik
semulajadi
visual/spartial

Anggota badan /kinetik(Bodily/Kinesthetic)

Berkebolehan mengawal pergerakan tubuh dan mempunyai kemahiran memegang objek. Individu ini mengambarkan diri mereka melalui pergerakan. Mempunyai daya imbangan yang baik dan koordinasi mata dan tangan yang baik. (misalnya bermain bola, imbang diri atas palang) Berkebolehan salah satu anggota badan untuk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu. Melalui interaksi dengan rauang persekitaran, mereka mampu untuk mengingat dan memproses maklumat.

Kemahiran individu ini termasuk menari, koordinasi fizikal, sukan, menggunakan bahasa tubuh, kraf, berlakon, menggunakan tangan untuk mencipta, membina dan menunjukkan emosi melalui tubuh.

Interpersonal

Kebolehan untuk menghubungkait dan memahami orang lain. Individu yang bersifat 'interpersonal' melihat sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain. Tujuannya adalah untuk memahami perasaan dan fikiran orang lain. Individu ini bijak menjiwai perasaan, ingatan dan motivasi. Menggalakkan kerjasama dan mengekalkan kesejahteraan. Menggunakan bahasa secara lisan dan tidak lisan iaitu bercakap, hubungan mata (eye contact) danbahasa tubuh (body language) untuk memulakan saluran komunikasi dengan orang lain

Intrapersonal

Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada. Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir.

Logical/Mathematical

Berkebolehan memanipulasi nombor, menggunakan sebab akibat, menentukan jawapan secara logikal, konsep berfikir dalam bentuk logikal dan nombor. Ada perasaan ingin tahu mengenai perkara yang berlaku disekeliling. Individu ini banyak menanyakan soalan dan berminat melakkan eksperimen. Kemahirannya meliputi penyelesaian masalah, mengkategori maklumat, bekerja dengan konsep abstrak untuk mengurai masalah, bekerja dengan bentuk geometri dan melakukan pengiraan matematik yang sukar.

Musikal/rentak(Musical/Rhythmic)

Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk musikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan cipta musik. Sensitif dengan bunyi di persekitaran. Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah musik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak musik.

Verbal/Linguistic

Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahirannya meliputi mendenganra, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat, memahami perkataan

Visual/Spatial

Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.

0 ulasan: